top of page

Sejarah Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Sekolah Sukan Malaysia Pahang merupakan sekolah sukan ketiga di Malaysia selepas Sekolah Sukan Bukit Jalil (1995) di Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (1998) di Johor. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A dan kod sekolah ialah CEA 4099. Sekolah ini didirikan di atas tanah lapang berkeluasan 120 ekar.

 

Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2009 dan siap dibina pada November 2011. Pembinaannya terbahagi kepada tiga zon iaitu zon akademik, zon kediaman pelajar dan zon sukan.

 

 

ZON AKADEMIK

 

Merupakan zon yang paling banyak blok bangunan iaitu :

  1. Blok Pentadbiran

  2. Blok Akademik :- 24 Bilik Darjah

  3. Makmal-makmal :- Makmal Sains (6), Makmal Bahasa (1), Makmal Sains Sukan (2) dan Makmal Komputer

  4. Bengkel Kemahiran Hidup

  5. Bilik-bilik Khas :- Bilik Sejarah, Bilik Geografi, Bilik Perdagangan, Bilik Matematik, dan Bilik Pendidikan Seni Visual

  6. Dewan Serbaguna

 

 

ZON SUKAN

 

Merupakan zon yang menyediakan kemudahan sukan seperti :

 

  1. Padang dan Balapan

  2. Dewan Gimnastik

  3. Padang Latihan Bola Sepak

  4. Lapang Sasar Memanah

  5. Gelanggang Bola Keranjang

  6. Gelanggang Futsal

  7. Kawasan Tasik Rekreasi dan Hutan Simpan

 

ZON KEDIAMAN

 

Merupakan zon yang menyediakan kediaman seperti :

 

  1. Asrama Kediaman Lelaki

  2. Asrama Pelajar Perempuan

  3. Dewan Makan

  4. Kediaman Warden

 

Pembinaan zon-zon ini meliputi keluasan 60 ekar dan baki pembinaan tambahan akan bermula di fasa kedua yang meliputi satu blok asrama pelajar lelaki, rumah guru dan kakitangan, dewan / gelanggang terbuka serbaguna dan padang-padang sukan.

 

SSMP mula beroperasi pada 8 Julai 2012 dengan mempunyai 30 tenaga pengajar dan 14 orang murid Tingkatan 1. Kemasukan pelajar terbuka untuk seluruh Malaysia yang aktif dan berbakat dalam bidang sukan.

bottom of page