top of page

Logo Sekolah

PENERANGAN LOGO SSMP

 

​1.   Gading gajah bersilang : "Kekuatan" dan "Kesiapsiagaan"

 

      Keterangan :

 

      Umum mengetahui gajah merupakan haiwan rimba yang kuat dan gagah yang banyak didapati di hutan-hutan di sekitar Pahang. Justeru       perlambangan ini untuk menunjukkan kekuatan fizikal dan mental warga SSMP untuk mengharungi pelbagai ujian. Menyentuh

      mengenai ujian dan cabaran pula, gading gajah yang diletakkan secara bersilang di dalam logo SSMP bertujuan untuk menunjukkan

      warga SSMP khususnya atlet murid bersiapsiaga dari segenap sudut dan penjuru dalam menghadapi ranjau yang mendatang.

 

​2.   Warna putih hitam pada gading : "Jati Diri"

 

      Keterangan :

 

      Kedudukan SSMP di Gambang yang terletak di dalam negeri Pahang menjadikan warna putih dan hitam pada gading dijadikan sebagai

      pilihan. Ini kerana, semua maklum bahawa bendera rasmi bagi negeri Pahang berwarna putih dan hitam. Tidak bertujuan untuk

      memupuk semangat kenegerian, tetapi pemilihan warna ini bagi membentuk jatidiri yang tinggi kepada atlet murid untuk menyayangi

      negeri dan yang paling utama Negara.

 

 

3.   Tulisan "STRIVE FOR EXCELLENCE" : "Pengantarabangsaan"

 

      Keterangan :

 

      Perkataan "STRIVE FOR EXCELLENCE" yang bermaksud “Berjuang untuk Kecemerlangan” di dalam Bahasa Melayu, sengaja di tulis di

      dalam Bahasa Inggeris bagi menggambarkan bahawa atlet murid SSMP bukan hanya diberi pendedahan di  peringkat kebangsaan,

      sebaliknya mereka akan bersaing di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris yang ketika ini diangkat menjadi Bahasa Antarabangsa

      dimuatkan dalam logo untuk menggambarkan cita-cita tersebut.

 

 

4.   Warna merah "STRIVE FOR EXCELLENCE" : "Bertenaga & Progresif"

 

      Keterangan :

 

      Warna merah sering digambarkan dengan semangat keberanian seseorang individu. Namun bagi menggambarkan kekuatan pada warna

      ini, pemilihan maksud bertenaga dan progresif bukan bertujuan menongkah arus pemikiran masyarakat sebaliknya ianya dikaitkan

      supaya sifat bertenaga dan semangat yang ada dalam warna merah ini dijalinkan untuk menghasilkan suatu idea dan produktivi baharu

      supaya semangat dan kekuatan yang ada dalam diri atlet murid tidak disalahgunakan.

 

 

5.   Gelung Olimpik : "Puncak Kejayaan"

 

      Keterangan :

 

      Gelung Olimpik yang digunapakai di seluruh dunia ini melambangkan kesepaduan dan kerjasama atlet murid SSMP yang fokus utamanya

      dalam bidang kesukanan menetapkan puncak kejayaan mereka yang perlu dijadikan ukuran adalah kejayaan untuk merangkul pingat

      emas dalam Sukan Olimpik yang merupakan sukan terbesar dunia ketika ini.

 

 

6.   Warna kuning "SSMP" : "Kepatuhan"

 

      Keterangan :

 

      Di dalam Negara Malaysia khususnya budaya Melayu, warna kuning acapkali dikaitkan sebagai simbolik warna diraja. Rakyat Malaysia

      yang  semenjak dahulu terkenal sebagai masyarakat yang patuh dan taat kepada raja dilihat akur dengan keramat warna diraja ini. Oleh

      itu, penggunaan warna ini dalam logo SSMP bertujuan menampakkan kepatuhan warga sekolah kepada Raja, Negara dan yang paling

      utama kepada Tuhan.

 

 

7.   Warna biru "SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG" : "Warna Rasmi Sekolah"

 

      Keterangan :

 

      Pemilihan warna biru sebagai warna rasmi sekolah bertujuan menggambarkan semangat kekitaan dan sayangkan sekolah dapat

      diterapkan oleh semua warga sekolah. Sekolah Sukan Malaysia Pahang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama diharap dapat

      mengekalkan keamanan, ketenangan dan keharmonian pada sepanjang masa.

 

 

8.   Tulisan "SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG" : "Keseimbangan "

 

      Keterangan :

 

      Jika diamati, perkataan SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG yang diletakkan secara melengkung di bahagian paling bawah logo

      sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri dan paling tersirat. Mengapa ia diletakkan di bawah sebenarnya untuk memberikan

      maksud Sekolah Sukan Malaysia Pahang yang pada akhirnya akan menampung semua elemen di atas. Elemen-elemen di atas seperti

      kekuatan dan kesiapsiagaan, jati diri, pengantarabangsaan, bertenaga dan progresif, puncak kejayaan, dan kepatuhan akan

      diseimbangkan untuk menjana dan melahirkan atlet yang berfikir kelas dunia.

bottom of page