top of page

Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Prosedur Permohonan Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

1.   Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

       https://spassm.moe.gov.my/.

2.   Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap

       rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

       Nota : Pencalon - Terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),

       Sekolah Sukan Malaysia (SSM), dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

1.   Syarat Umum Kemasukan Ke SSM

       1.1   Warganegara Malaysia

       1.2   Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit

                lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.

       1.3   Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.

       1.4   Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.

       1.5   Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).

       1.6   Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh :

                Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

2.   Syarat Khusus Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

       2.1   Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6

                a.   Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.

                b.   Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).

                c.   Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

       2.2   Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1

                a.   Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.

                b.   Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

       2.3   Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5

                a.   Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

                b.   Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Atlet Murid Sekolah Sukan Malaysia

1.   Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

2.   Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan

       Jun bagi ambilan Julai.

3.   Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

       3.1   Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://spassm.moe.gov.my/.

       3.2   Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang berhampiran.

4.   Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

5.   Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

bottom of page